Jualan RAHMAH Bergerak di NADI Paya Jakas
30 Oktober 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 Oktober 2024, bertempat di NADI Paya Jakas, telah berlangsung Jualan RAHMAH dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup bertujuan untuk membantu rakyat tempatan membeli barangan keperluan dengan harga yang berpatutan. Disamping itu juga, dengan adanya Jualan RAHMAH ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk kampung. Di antara yang terlibat adalah NADI Paya Jakas dan penduduk di sekitar Kampung Paya Jakas.
Jualan RAHMAH ini berlangsung selama 4 jam bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: